BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

▶Melaka diasaskan pada awal abad ke - 15.Pada tahun 1391,  kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.Ini menyebabkab Putera Raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik.

▶Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu Sang Aji Singapura yang merupakan menantu kepada Raja Siam,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun,pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan membuat kan Parameswara serta pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.

▶Ketika Parameswara sampai di Melaka di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut "MELAKA" iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama MALAKA.


PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Related image


▶Parameswara membuka petempatan di Melaka,dengan menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.

▶Pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari negara China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara sebagai bukti pengiktirafan.Maharaja Yung Lo iaitu maharaja negara China dari dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang datang dari timur tengah seperti Arab dan Parsi.

▶Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja.

▶Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat2 kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.


PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA


Related image

▶Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar.

▶Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara , penghulu bendahari , temenggung dan laksamana.


Image result for pemerintahan kerajaan melaka
▶Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh pembesar 8,16 dan 32.
 Pembesar empat dibantu oleh  pembesar lapan manakala pembesar 8 dibantu oleh pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan kesultanan melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu balang besar.

▶Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan.
  Hulu balang besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang,ulama,mandulika,tentera,mantera,seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan.

  Image result for pemerintahan kerajaan melaka

HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG UNDANG LAUT MELAKA

Image result for hukum kanun melaka dan undang-undang laut melaka


Faktor-faktor Kegemilangan Melaka



(i) Faktor Semula jadi atau Geografi
  • Kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsadan berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama, di benua India dan benua China.
  • memiliki kelebihan dari segi kedudukan 'di pertemuan angin monsun' iaitu Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya.
  • Kedudukan Melaka di Selat Melaka kerana selat ini ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang luar untuk kemana-mana destinasi . 
  • Kekayaan sumber asli hasil persekitaran dan hasil hutan .
  • Orang Melayu Pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan . 
  • Emas dan bijh timah menjadi hasil sumber utama di Melaka . 
  • Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton.

(ii) Faktor Ekonomi
  • Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar sebagai barang dagangan yang penting ketika itu . 
  • Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang maju . 

(iii) Faktor Politik dan Pentadbiran
  • Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat ketika itu. 
  • Melaka mempunyai ciri keselamatan dan keentaraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokh kerajaan . 
  • Melaka juga mempunyai tokoh perbendaharaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya . 
  • Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ( lingua franca ) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar . 

KERAJAAN MELAYU BAHARU

▶Kerajaan Melayu Baharu merujuk kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan.


 Terengganu


▶Terengganu merupakan salah satu negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian, Terengganu disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan Bendahara Johor sejak abad ke-18. Pengasas kesultanan  bermula apabila Tun Zainal Abidin (anak kepada Tun Abdul Majid, Sultan Pahang dari keturunan Bendahara) ditabalkan sebagai Sultan Terengganu yang pertama sekitar tahun 1708-1720.

▶Sultan Zainal Abidin mangkat pada 7 Mac 1733 dan meninggalkan enam orang putera. Putera almarhum besetuju menyerahkan takhta pemerintahan Terengganu kepada putera bongsu iaitu Engku Tuan Mansur kerana ramalan yang dibuat oleh seorang pembesar menyatakan  bahawa Engku Tuan Mansur akan menjadi raja yang besar apabila dewasa kelak. Sementara itu, tampuk pemerintahan kerajaan Terengganu dipegang oleh kekanda sulungnya, iaitu Engku Tuan Wangsa dan Bendahara Tun Hussein. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Terengganu pada 26 Feb 1741 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Empayar Johor-Riau-Lingganyang merupakan sepupu baginda.

Kelantan


▶Kelantan merupakan negeri taklukan Kesultanan Melayu Melaka. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Kelantan dibahagikan kepada beberapa kawasan yang diperintah oleh ketua ketua kecil. Ketua ketua kecil tersebut mendapatkan naungan Persekutuan Pattani Besar apabila diancam oleh Siam pada tahun 1603. Kemudian, Kelantan dibahagikan kepada empat wilayah oleh kerajaan pusat Pattani, iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan.
Sejarah merekodkan bahawa terdapat pertikaian antara Long Sulaiman (pemerintah Legeh)
pada tahun 1756, apabila Long Deraman ingin merampas takhta dan menyebabkan kematian Long Sulaiman. Long Yunos, anak kepada Long Sulaiman menyelamatkan diri ke Terengganu dan mendapatkan perlindungan daripada sahabatnya di Terengganu, iaitu Ku Tana Wangsa (anak Tun Zainal Abidin, Sultan Terengganu Pertama). Long Yunos dengan bantuan Terengganu telah menyerang dan mengalahkan Kelantan. Namun, pada akhir pemerintahan Long Yunos, berlaku pertikaian antara beliau dengan Sultan Mansur (Terengganu). Selepas kemangkatan Long Yunos, Terengganu menyerang Kelantan pada tahun 1975 tetapi gagal. Pada tahun 1800, Terengganu mendapatkan bantuan Pattani membuat serangan kedua. Negeri Kelantan dikalahkan oleh serangan dari dua penjuru oleh Terengganu.

Pada tahun 1801, Long Muhammad (putera Long Yunos) melancarkan seangan kepada Terengganu. Beliau mengistiharkan dirinya sebagai Sultan Kelantan pertama. Baginda berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu pada tahun 1812 serta membuat hubungan diplomatik dengan Siam demi menjaga kedaulatannya dan mengelak daripada ancaman luar. Seterusnya, Kelantan diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Siam atau dikenali sebagai Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 dan menjadikan Kelantan sebagai salah satu daripada Negeri negeri Melayu Tidak Bersekutu.

 Selangor 


▶Merupakan taklukan melaka pada abad ke-15. Apabila melaka dijajah oleh portugis, kesultanan melayu melaka berpindah ke  johor.

▶Pada bulan mei 1745, Daeng Chelak merupakan salah seorang daripada OPU lima bersaudara yang berpengaruh di Johor telah mangkat. beliau meninggalkan 2 orang putera iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Haji telah menjadi Yam Tuan Muda Johor. Raja Lumu merancang untuk menjadi sultan selangor bagi mengelakkan selangor dikawal oleh johor sepenuhnya.

▶Pada tahun 1766, Raja Lumu ditabal menjadi sultan selangor dengan gelaran sultan Salahuddin Shah dan mendapat pengiktirafan daripada sultan Mahmud iaitu sultan perak.perlantikan ini merupakan permulaan kepada  kesultanan baharu di selangoryang kekal sehingga hari ini. sultan Ibrahim Shah yang mengambil allih telah berjaya memajukan selangor. selangor sebagai pengeluar bijih timah telah menarik minat Belanda dan menyebabkan Selangor diserang oleh Melaka.

 Negeri sembilan 

▶setelah melaka jatuh kepada  portugis, bermulalah kesultanan Bugis di selangor dan pengaruh di johor. pada akhir kurun ke-17, pembesar pembesar negeri sembilan menjemput anak raja dari minangkabau sebagai Yamtuan Besar berusaha dan bersiap sedia untuk menghadapi serangan Bugis. pada tahun 1773, Raja Melewar, iaitu putera raja Sultan Abdul Jalil telah dititahkan oleh ayahdanya datang ke negeri sembilan dari pagar ruyung, minangkabau mejadi Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama dan memulakan instiadat beraja.

▶apabila Yang Dipertuan Besar mangkat, pemegang akan menjadi seorang pemerintah selama 3 tahun. pewarisan tahta pemerintahan negeri sembilan yang seterusnya adalah daripada jurai keturunan raja Radin ibni Raja Lenggang.

▶negeri sembilan mengamalan adat perpatih yang berasal daripada minangkabau, sumatra indonesia. adat perpatih mengandungi peraturan yang lengkap bagi kehidupan individu dan masyarakat secara keseluruhan. adaat ini mengandungi susunan pentadbiran dan pembahagian kuasa politik, pembahagian harta, aturan perkahwinan dan kekeluargaan serta hal ehwal kemasyarakatan.


KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan tarikh sebenar kedatangan islam ke Asia Tenggara.Agama islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 masihi iaitu sejak zaman Rasulullah saw melalui peranan pedagang islam yang berdagang di tanah melayu.

▶Menurut Abdullah Ishak(1990) agama islam terus berkembang dinusantara pada zaman Khulafa' Al-Rasyyidin , kerajaan Bani Umaiyah, kerajaan Bani Abassiyah dan kerajaan islam yang seterusnya.

Image result for kedatangan islam di tanah melayu pengajian malaysia







Comments

  1. apa keunikan sistem pentadbiran dalam Kesultanan Melayu Melaka?

    ReplyDelete
  2. apakah kawasan pentadbiran yang diberi oleh sultan melaka kepada Pembesar berempat?

    ReplyDelete
  3. Siapakah yang berperanan dalam melaksanakan Hukum Kanun Melaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN

Bab 4: Perlembagaan Malaysia