Posts

Showing posts from January, 2018

BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

Image
PENGASASAN KESULTANAN MELAKA ▶Melaka diasaskan pada awal abad ke - 15.Pada tahun 1391,   kerajaan Sriwijaya  telah diserang oleh  kerajaan Majapahit. Ini menyebabkab Putera Raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik. ▶Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu Sang Aji Singapura yang merupakan menantu kepada Raja Siam,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun,pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan membuat kan Parameswara serta pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu. ▶Ketika Parameswara sampai di Melaka di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut "MELAKA" iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama MALAKA. PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL ▶Parameswara membuka petempatan di Melaka,dengan menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan melaka muncul se