Posts

Showing posts from March, 2018

Bab 4: Perlembagaan Malaysia

Pengenalan Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam un
Peranan (Alat Penyelesaian Masalah) Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalm penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Bahkan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan. Peranan (Mengekalkan riwayat negara bangsa) Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan. Peranan (Menjaga kestabilan negara) Sesungguhnya perlembagaan telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalm perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bah
4.3 Keluhuran Perlembagaan Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undag-undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan. 4.3.1 Undang-undang Utama Persekutuan Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia: Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut. Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa: undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu atau undang-u