4.3 Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara kita. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan keluhuran perlembagaan tersebut? Luhurnya Perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undag-undang utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan, serta hubungan antara Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

4.3.1 Undang-undang Utama Persekutuan

  • Berdasarkan kepada Perlembagaan Malaysia:
  1. Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat yang tidak selaras tersebut.
  2. Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa:
  • undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam Perkara 9(2) tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut dalam Perkara itu atau
  • undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut dalam Perkara 10(2) tetapi sekatan-sekatan itu tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut dalam Perkara itu.
  • Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen atau mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalah tidak sah atas alasan itu atau:
  1. jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalam prosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri
  2. jika undang-undang itu telah dibuat oleh Badan Perundangan sesuatu negeri, dalamprosiding antara Persekutuan dengan negeri itu.
  • Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang-undang adalah tidak sah atas alasan yang disebut dalam Fasal (3) (iaitu prosiding yang tidak termasuk dalam perenggan (a) atau (b) Fasal itu) tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran Hakim Mahkamah Persekutuan dan Persekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana-mana negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang dibawa bagi maksud yang sama di bawah perenggan (a) atau (b) Fasal itu.
4.3.2 Ketertinggian Perlembagaan

  • Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan Perlembagaan. Perlembagaan telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di negara ini sejak merdeka sehingga kini. Justeru, adalah tepat jika dikatakan Perlembagaan adalah yang tertinggi di Malaysia.
  • Malaysia merupakan sebuah Persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis. Menurut Tun Mohammed Suffian, bekan Ketua Hakim Negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan dibawah:
Peruntukan (Parlimen)

  • Memperoleh kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan pada satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri pada pihak yang lain. Dalam hal ini, perlembagaan menentukan perkara persekutuan yang kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
Peruntukan (Perlembagaan)

  • Menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal ehwal luar negara dan sebagainya. Parlimen hanyatertinggi dalam perkara-perkara persekutuan dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang diluar perkara persekutuan, undang-undang tersebut adalah tidak sah. Undang-undang persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menurut perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan (Kedudukan YDPA)

  • Baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda ialah Raja Berpelembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

Peruntukan (Kuasa perundangan)

  • Dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa Kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketua ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan, pentadbiran, kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
Peruntukan (Kebebasan asasi)

  • Merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya, tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang. Maka, terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.
4.3.3 Pindaan Perlembagaan

  • Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E) yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda, seperti dibawah:
  1. Perkara 159 (4) - Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
  2. Perkara 161 (E) - Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri
  • Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat telah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Perkenan dan persetujuan Majlis Raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitif dalam perlembagaan. Sebahagian perkara memerlukan suara majoriti dalam Parlimen.
Perkara-perkara yang Pernah Dipinda

  • Pemisahan Singapura - Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. Oleh itu, pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
  • Mengenai Gender - Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendriskiminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. Perkataan 'jantina' akan ditambah kepada Perkara 8 (2) Perlembagaan Malaysia yang mengatakan "Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaanini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang"
  • Kekebalan Raja - Kerajaan meminda Perlembagaan Perssekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini, dipercayai bahwa perasaan marah kepada raja atau sistem beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh undang-undang daripada dianiaya oleh raja, dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap raja tidak akan melakukannya.
  • Kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau Kedudukan Raja
  1. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan raja-raja negeri, sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari, maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.
  2. Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi-fungsinya, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi-fungsi raja itu dijalankan oleh seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaian ini diperlukan bagi mengelakkan tanggapan negatif masyarakat terhadap institusi raja.
  3. Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri mesti mengandungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan didalam Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.  Maka, selaras dengan pindaan yang diperbuat Jadual Kelapan, kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan untuk meminda Perlembagaan Negeri selaras dengan peruntukan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.
  • Pengurusan Bekalan Air - Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak. Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, walaupun air sebelum ini berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
  • Kes Rogol - Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda bagi meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa. Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi Statuory Rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.
Tatacara Pindaan Perlembagaan
  • Terdapat beberapa proses yang terlibat sebelum sesuatu yang undang-undang itu dipinda. Sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
  • Di Dewan Parlimen, rang undnag-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat. iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.
  • Setelah dibahaskan, rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Perlembagaan Persekutuan dan Negeri

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merupakan dua badan penting dalam sistem pemerintahan negara. Kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan negara. Dalam konteks Perlembagaan Malaysia, terdapat dua pembahagian penting, iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembgaan Negeri.

4.4 Peruntukan Utama dalam Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa. Hal ini merupakan satu langkah untuk merialisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN

Bab 4: Perlembagaan Malaysia