Bab 4: Perlembagaan Malaysia

Pengenalan

Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Definisi Perlembagaan

Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim dipakai.
Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan-keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dan cara-cara pemilihan serta perlantikan pemerintah.

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sebuah negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.


Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia pertama kali dikenali sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada hari kemerdekaan dicapai. Kemudian nama itu diubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 selepas Pembentukan Malaysia, Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang. Ia bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB).

Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu iaitu Malayan Union pada April 1946. Walau bagaimanapun, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan pula satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu, iaitu Perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.

Majlis Perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Perlembagaan baharu itu dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Selepas Pilihan Raya 1955, Parti Perikatan yang menang majoriti dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. Tujuannya adalah untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah berjaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persetukuan Tanah Melayu  yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England), Sir Ivor Jennings (UK), Sir William Makell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Pelantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.

Suruhanjaya Reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya. Pada bulan Oktober 1956 , Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhirnya, draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Ogos 1957. Oleh itu, Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindaan yang telah dibuat ialah Akta Malaysia yang diluluskan dalam tahun 1963 meminda perkara 1(1) dan (2) untuk kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.


Peranan Perlembagaan

Apakah peranan perlembagaan?
 Secara amnya kewujudan perlembagaan kepada sesebuah negara adalah sangat penting. Hal ini kerana dengan wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat seebuah negara bangsa sentiasa relevan dengan perubahan zaman. Jika diselidiki, ternyata perlembagaan mempunyai beberapa fungsi seperti dibawah :-


-Peranan (Mewujudkan pemerintahan yang adil)

  •   Beberapa perkara dalam perlembagaan memperlihatkan peranannya untuk mewujudkan pemerintahan yang adil. Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh walaupun perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara (dalam Bahagian 1, Perkara 3(1), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
-Peranan (Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat)

  • Perlembagaan Persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta sultan/raja/Yang Dipertua Negeri.




Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN