Peranan (Alat Penyelesaian Masalah)


  • Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalm penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. Bahkan, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.
Peranan (Mengekalkan riwayat negara bangsa)

  • Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan, sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara dapat dilaksanakan.
Peranan (Menjaga kestabilan negara)

  • Sesungguhnya perlembagaan telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan-sekatan dalm perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun, kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka (Bahagian 2, Perkara 10)
4.2.2 Bentuk-bentuk Perlembagaan 

  • Secara umumnya, Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis, iaitu Perlembagaan Bertulis dan Perlembagaan Tidak Bertulis.
  • Perlembagaan Bertulis-merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat utama, iaitu;
  1.  Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut membolehkannya dipinda.
  2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
  3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
  • Perlembagaan Tidak Bertulis-merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis, iaitu Parlimen mendapat kuasa daripada perlembagaan.

Comments

Popular posts from this blog

BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN

Bab 4: Perlembagaan Malaysia