Activity in class

Pada minggu pertama,pensyarah kami iaitu Madam Diana membuat aktiviti suai kenal dalam kelas.Oleh itu,kami dapat mengenali antara satu sama lain dan kami juga dapat mengenali beliau dengan lebih lagi.
Laporan disediakan oleh Siti Aida Binti Mohamad Hadi


Pada minggu seterusnya,kami belajar bab 1 iaitu tentang Sejarah Awal Negara.Selain itu,kami dapat menonton video tentang Parameswara dengan pengikutnya yang disediakan oleh Madam Diana.Setelah habis kelas,Puan memberi tugasan kepada setiap kumpulan untuk "Information Sharing".

Untuk perkongsian maklumat ,pelajar haruslah fokus semasa kumpulan lain membuat penyampaian maklumat kerana akan diadakan kuiz setelah habis perkongsian maklumat tersebut.Puan akan mengira setiap pelajar yang dapat menjawab kuiz tersebut.
Laporan disediakan oleh Siti Nuraini Binti Othman.

Setelah semua kumpulan sudah membuat perkongsian maklumat .Kumpulan kami diberi hadiah daripada Madam Diana kerana banyak dapat menjawab kuiz yang disediakan oleh ahli kumpulan yang lain semasa perkongsian maklumat.Seterusnya kami diberi quiz 1 pada hari tersebut.
Laporan disediakan oleh Dafreena Dafril.


Pada minggu yang berikutnya,kami belajar bab 4 iaitu Perlembagaan Malaysia.Dalam kelas,kami diberi tajuk tertentu  untuk pembentangan.Setiap kumpulan mestilah wajib memilih tajuk tersebut untuk pembentangan akhir nanti.
Laporan disediakan oleh Siti Aida Binti Mohamad Hadi.



Pada rabu ,21 Februari 2018 Jam 9.03 pagi.Pensyarah memulakan pengajian dengan penerangan tentang folio yang perlu dilakukan oelh setiap ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
Laporan disediakan oleh Nur Irdina Binti Sahrul Basri.


Pelajar didedahkan dengan topik baru bagi subjek Pengajian Malaysia.Tugasan yang diberi perlu dilakukan bersama ahli kumpulan masing masing.
Laporan disediakan oleh Nur Irdina Binti Sahrul Basri.













Pada minggu berikutnya,kami diberi arahan daripada Pensyarah kami untuk membuat peta minda bab 5 yang bertajuk Kemasyarakatan dan Perpaduan.Selepas itu,kami berkongsi maklumat tersebut kepada rakan sekelas.
Laporan disediakan oleh Siti Zareena Binti Ahmad


Pada hari yang terakhir untuk kelas Pengajian Malaysia,setiap kumpulan mempersembahkan pembentangan yang di beri tajuk khas untuk setiap kumpulan.Kami kumpulan terakhir yang mempersembahkan pembentangan yang bertajuk "Dasar Pembangunan Belia Negara".
Laporan disediakan oleh Aida,Aini,Deena dan Zareena.


Terima kasih kepada pensyarah kami Madam Diana yang mengajar kami untuk Sem 1 . <3

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 1 : KESULTANAN MELAYU MELAKA

ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS, BELANDA, BRITISH DAN JEPUN

Bab 4: Perlembagaan Malaysia