Bab 4: Perlembagaan Malaysia
Pengenalan Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu, beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mengamalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat pada masa itu. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Definisi Perlembagaan Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam un